Friday, February 12, 2010

Bengkel Teater 2010 UTHM dan UTeM.


Memang besh sangat bila orang - orang yang berjiwa seni digabungkan dan diketemukan dalam satu acara. Bengkel Senin Asas Teater 2010 telah menyatukan dua hati UTHM dan UTeM di kem MSN Batu Asahan Melaka. Sememangnya diawal pertemua wujudnya perasaan berbaur ganjal diantara satu sama lain... Hanya senyuman terukir yang mampu dilemparkan.. Aku Mendapat roomate baru apabila aku menulis nama diruang bilik yang telah diberikan. Azwan adalah orangnya. Manis, kecil dan berkaca mata orangnya. Tapi setelah hampir satu hari bergelar peserta Bengkel ini, memang kami adalah insan seni yang mudah untuk mendampingi dan didampingi. Peserta Dari UTeM sungguh mesra dan baik sekali. Hilang perasaan malu dan segan dalam diri, yang terukir dan terpahat dihati adalah sahabat baru yang mungkin akan menjadi sahabat sejati buat selama- lamanya. Ryzal, adalah peserta UTeM kedua yang ak kenal selepas roomate ku.. die memang seorang yang friendly dan mampu tersenyum dalam apa juga situasi, (murah dengan senyuman). Banyak pengalaman yang aku pelajari dalam bengkel ini. Manis, pahit, segalanya wujud disini.. Para penceramah yang diundang bukanlah calang-calang orang dimana kesemuanya adalah ternama seperti Guru dari Sekolah Seni di JB, Pensyarah dari UiTM, UM dan penceramah dari Istana Budaya.




UTeM....


Dari babak lakonan aku......


"Sudah... jangan kau datang pada ku... "

Walaupun penat tapi demi lancer tetap POSE....

Kekeliruan melanda kami.... Hahaha...

We are Kesah, Kesah, Kesah... ader aku kesah.. ( wan, amy, aiman, azmir )


My GrouP...


Ini lah kami.....


Hari semakin berlalu, apabila hari ahad menjelma, perasaan sedih mula mekar dalam hati. Sungguh berat rasanya hati ini untuk meniggalkan mereka. Sungguh berat mulut ini untuk mengungkapkan "selamat tinggal". Pagi sebelum pulang, kami menyanyi bersama - sama untuk menghilangkan perasaan sedih, tapi benar, perasaan itu susah untuk dihapuskan kerana kami sudah bersatu dalam satu jiwa. Tapi apakan daya, kami harus berpisah, UTHM dan UTeM harus berpisah demi meneruskan rutin harian sebagai seorang pelajar. InsyaAllah cadangan mengadakan bengkel kedua membuatkan kami teruja untuk bertemu kembali. Walaupun terpisah tapi jiwa kita tetap satu. UTHM UTeM.....

2 comments:

  1. best nyer....
    ari tu ternmpak poster pasal ni.. tp mase bace tu da terlepas tarikh.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. la.. nape tak join.... besh.. disini la lahir insan - insan yang bergelar jiwa seni yang luhur...

    ReplyDelete